Saturday, May 16, 2009

Operasi Cegah Mat Rempit

Berikutan kes ragut membabitkan Mat Rempit semakin berleluasa satu operasi cegah lumba haram telah dijalankan di sekitar Kuala Lumpur. Pelbagai agensi telah terlibat dalam menjayakan operasi itu seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Siasatan Jenayah serta Bahagian Narkotik Bukit Aman.

Photobucket

Presiden Cuepacs turut turun padang dalam operasi itu untuk memberi semangat kepada anggota perkhidmatan awam dalam operasi itu

Photobucket

Berdiri dari kiri ialah Sdr Pandi, Sdr Mizi dari Fama, Presiden KPPJSM Sdr Hamzah Masri Sdr Malik dari PKNS, Presiden Cuepacs Tuan Haji Omar Osman, dan salah seorang Pegawai Kanan polis yang pernah terbabit dalam kemalangan membabitkan pemandu mabuk. Beliau mengalami kecederaan yang serius dalam kemalangan tersebut

Di dalam operasi itu Presiden Cuepacs, Tuan Haji Omar Osman turut mengutarakan cadangan supaya kebajikan pekerja diutamakan dan seharusnya operasi besar-besaran seperti ini disediakan sedikit minuman ringan sebagai tanda keprihatinan majikan disampin itu insurans juga amat penting bagi mereka yang menjalankan tugas-tugas operasi berisiko tinggi seperti ini.

No comments:

Post a Comment