Tuesday, May 25, 2010

KUNJUNGAN HORMAT CUEPACS / KPPJSM / JPJ



PUTRAJAYA, 24 Mei — Tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka, kata Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).Presidennya Omar Osman berkata kes berkenaan walaupun boleh dianggap terpencil tetapi perlu dipandang serius kerana ia boleh mencemarkan nama semua penjawat awam di negara ini.Menurut beliau, pemalsuan sijil cuti sakit bertentangan dengan etika kerja perkhidmatan awam yang tertakluk kepada kecemerlangan dan integriti dalam menjalankan tugas.“Mereka sepatutnya memberikan sijil cuti sakit yang sah yang diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta yang membolehkan atau melayakkan mereka menikmati kemudahan cuti sakit oleh majikan.“Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dibuang kerja jika didapati bersalah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) di sini hari ini.Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan

Monday, May 24, 2010

KHIDMAT CEMERLANG 2009 DAN HARI PEKERJA JPA / CUEPACS 2010


Setiausaha Sdr Md Jaafar Bin Mohd Adenan dua dari kiri di Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2009

Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Khidmat Awam Anjuran JPA / CUEPACS 14.05.2010 Di PICC Putrajaya.

Saturday, May 15, 2010

MOU JPJ / SPRM




MELAKA, 15 Mei (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalin persefahaman untuk membanters rasuah di kalangan petugas JPJ.
Memorandum persefahaman itu ditandatangani di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di Ayer Keroh oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull.
Solah memberitahu pemberita kemudiannya, kerjasama itu akan membolehkan pegawai penguatkuasa JPJ melaporkan kepada SPRM sekiranya terdapat pihak yang cuba memberi rasuah kepada mereka.
"Jika ada orang yang hendak memberi rasuah, anggota penguatkuasa JPJ wajib memberitahu kepada SPRM," katanya.
Solah berkata pihaknya turut meletak pelekat kenderaan pada semua kenderaan JPJ yang membawa slogan "Berkhidmat, Berintegriti" sebagai hebahan kepada orang ramai bahawa JPJ amat serius untuk meningkatkan integriti jabatan tersebut.
Beliau berkata seramai 10 pegawai JPJ turut dilantik sebagai Pegawai Integriti untuk menggiatkan aktiviti berteraskan integriti di kalangan petugas JPJ.
Sepanjang tahun lepas, hanya lima kes tangkapan oleh SPRM melibatkan petugas JPJ manakala bagi tempoh Januari hingga kini, terdapat dua kes yang sedang disiasat oleh suruhanjaya itu ke atas petugas JPJ, katanya.

-- BERNAMA

Saturday, May 8, 2010

HARI PEKERJA KEMENTERIAN SUMBER




KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu meminta semua majikan agar pentingkan pekerja tempatan dengan memberi keadilan dengan memberi upah yang sewajarnya.

Katanya, majikan sepatutnya mencari jalan untuk tingkatkan produktiviti pekerja tempatan, dan bukannya mencari jalan mudah membawa pekerja asing dengan mengorbankan pekerja tempatan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan sambutan Hari Pekerja 2010 anjuran Kementerian Sumber Manusia di Mines Resort City, Seri Kembangan dekat sini pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata dengan adanya latihan tersebut, ia bukan sahaja akan meningkatkan lagi kemahiran para pekerja dengan kos yang lebih efektif, malah dengan peningkatan kemahiran, mereka juga mampu menikmati pendapatan yang lebih tinggi.

Perdana Menteri berkata dengan adanya permuafakatan tiga penjuru antara majikan, pekerja dan kerajaan, ini menjadi titik pertemuan mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul dengan semua pihak mengutamakan suasana kerja yang lebih positif dan kondusif.

"Kejayaan ini kerana para pekerja tidak melihat semata-mata dari sudut kepentingan para pekerja sahaja tetapi mengambil kira dan sentiasa membuat pertimbangan...apa yang dikehendaki dan dituntut oleh mereka itu adalah dalam konteks munasabah, wajar dan mampu disediakan oleh pihak majikan mahupun kerajaan," katanya.

Perdana Menteri berkata dengan adanya permuafakatan tiga penjuru antara majikan, pekerja dan kerajaan, ini menjadi titik pertemuan mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul dengan semua pihak mengutamakan suasana kerja yang lebih positif dan kondusif.

"Tapi negara kita berkat rancangan dan dasar decisive kerajaan dan permuafakatan para pekerja sama sektor awam dan kerajaan yang faham kedudukan kerajaan...pada tahun sudah walaupun tuntut pelbagai perkara tapi bila kerajaan kata tunggu tahun ini bukan tahunnya (buat tuntutan) mereka faham. Mereka kata tak apalah kita terima," katanya.

Najib dalam amanatnya turut beberapa kali mengucapkan terima kasih kepada semua warga pekerja di negara ini di atas sumbangan mereka kepada negara.

Beliau turut berkata tema sambutan Hari Pekerja tahun ini iaitu "Pekerja Berinovasi, Pemacu Transformasi" amat sesuai dengan penekanan yang diberikan kerajaan kepada bidang inovasi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Wednesday, May 5, 2010

DAILOG RTM


Dalam rancangan wadah (dailog) RTM1 pada 05.05.2010 jam 10.00 malam, Presiden KPPJSM Sdr Hamzah Masri membangkitkan kepada Y.B Menteri Sumber Manusia mengenai isu kurang minat sektor Awam dalam melaksanakan Dasar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ,selaras dengan Akta 514 Jadual pertama merangkumi sektor awam. Penjelasan yang diberikan oleh Ketua Pengarah JKKP ada memantaunya.KPPJSM mengharapkan pemantauan yang serius daripada JKKP supaya jabatan mematuhi dan melaksanakan akta tersebut. Satu surat resmi akan dihantar kepada Y.B Menteri.

Monday, May 3, 2010

DAILOG RTM


Presiden KPPJSM Sdr Hamzah Masri memperkatakan sesuatu kepada Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Saturday, May 1, 2010

LAWATAN BIRO KEBAJIKAN




Biro kebajikan mengadakan lawatan ke JPJ Pahang, dalam pertemuan tersebut ahli membangkitkan isu kebajikan seperti elaun lebih masa, pakaian seragam, peralatan bertugas anggota penguatkuasa dan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan.perkara yang dibangkitkan akan dibawa keperingkat atasan.

SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS



Majlis sambutan hari pekerja peringkat CUEPACS yang diadakah dinegeri Terengganu. Dalam majlis tersebut CUEPACS turut melancarkan kampen basmi pemberi rasuah bersama SPRM.Turut hadir ialah pengarah JPJ Negeri Terengganu