Saturday, May 8, 2010

HARI PEKERJA KEMENTERIAN SUMBER




KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu meminta semua majikan agar pentingkan pekerja tempatan dengan memberi keadilan dengan memberi upah yang sewajarnya.

Katanya, majikan sepatutnya mencari jalan untuk tingkatkan produktiviti pekerja tempatan, dan bukannya mencari jalan mudah membawa pekerja asing dengan mengorbankan pekerja tempatan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan sambutan Hari Pekerja 2010 anjuran Kementerian Sumber Manusia di Mines Resort City, Seri Kembangan dekat sini pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata dengan adanya latihan tersebut, ia bukan sahaja akan meningkatkan lagi kemahiran para pekerja dengan kos yang lebih efektif, malah dengan peningkatan kemahiran, mereka juga mampu menikmati pendapatan yang lebih tinggi.

Perdana Menteri berkata dengan adanya permuafakatan tiga penjuru antara majikan, pekerja dan kerajaan, ini menjadi titik pertemuan mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul dengan semua pihak mengutamakan suasana kerja yang lebih positif dan kondusif.

"Kejayaan ini kerana para pekerja tidak melihat semata-mata dari sudut kepentingan para pekerja sahaja tetapi mengambil kira dan sentiasa membuat pertimbangan...apa yang dikehendaki dan dituntut oleh mereka itu adalah dalam konteks munasabah, wajar dan mampu disediakan oleh pihak majikan mahupun kerajaan," katanya.

Perdana Menteri berkata dengan adanya permuafakatan tiga penjuru antara majikan, pekerja dan kerajaan, ini menjadi titik pertemuan mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul dengan semua pihak mengutamakan suasana kerja yang lebih positif dan kondusif.

"Tapi negara kita berkat rancangan dan dasar decisive kerajaan dan permuafakatan para pekerja sama sektor awam dan kerajaan yang faham kedudukan kerajaan...pada tahun sudah walaupun tuntut pelbagai perkara tapi bila kerajaan kata tunggu tahun ini bukan tahunnya (buat tuntutan) mereka faham. Mereka kata tak apalah kita terima," katanya.

Najib dalam amanatnya turut beberapa kali mengucapkan terima kasih kepada semua warga pekerja di negara ini di atas sumbangan mereka kepada negara.

Beliau turut berkata tema sambutan Hari Pekerja tahun ini iaitu "Pekerja Berinovasi, Pemacu Transformasi" amat sesuai dengan penekanan yang diberikan kerajaan kepada bidang inovasi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

No comments:

Post a Comment