Saturday, May 23, 2009

Dialog Bersama Ahli KPPJSM Selangor

Bertarikh pada 23 Mei 2009 bertempat di JPJ Negeri Selangor suatu majlis penerangan dan dialog antara ahli-ahli Kesatuan yang dihadiri Presiden KPPJSM Hamzah Masri dan Setiausaha Agong Cuepacs Sdr Ahmad Shah. Dalam majlis dialog tersebut ahli-ahli telah membangkitkan beberapa isu berkaitan kepentingan dan kebajikan mereka dalam perkhidmatan di JPJ. Antaranya :

1. Kenaikan Pangkat yang tidak adil kerana terdapat mereka-mereka yang telah berkhidmat lama tidak dipertimbangkan.

2. Pengesahan jawatan yang mengambil masa yang terlalu lama dan merugikan mereka kerana tidak dapat menduduki PTK bagi memberi peluang mereka untuk kenaikan pangkat yang lebih tinggi.

3. Iltizam Jabatan minta diubah dan diberi keutamaan secara langsung.

4. Aduan-aduan awam yang disiasat oleh Bahagian Inspektorat hendaklah jelas supaya moral mereka tidak jatuh.

Secara amnya dialog ini amat berkesan dalam menjaga kebajikan para anggota demi memastikan prestasi mereka berada di dalam tahap tertinggi demi berkhidmat untuk rakyat Malaysia selaras dengan slogan Ketua Pengarah " Satu JPJ "


Photobucket

Photobucket

No comments:

Post a Comment