Tuesday, April 14, 2009

Harian Metro 14/04/2009

>Kesatuan sambut baik cadangan
KUALA LUMPUR: Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) menyambut baik cadangan meletakkan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di bawah Kementerian Pengangkutan dan menyifatkan langkah itu sebagai tepat ke arah menjadikan sistem pengangkutan awam di negara ini lebih efisien.Presiden KPPJSM, Hamzah Masri berkata langkah itu dijangka dapat menyelesaikan masalah membabitkan pengangkutan awam dengan segera dan berkesan menerusi penyaluran maklumat di bawah satu agensi atau kementerian.“Perkara atau sebarang maklumat mengenai denda, aduan, lesen, permit, penguatkuasaan dan yang berkaitan dapat diselaraskan dan dikendalikan dengan rapi,” katanya kepada Bernama.

No comments:

Post a Comment