Monday, April 13, 2009

Bernama.com

Bernama.com
Am
13 April, 2009 17:06 PM
Pegawai JPJ Sambut Baik LPKP Di Bawah Kementerian Pengangkutan
-->
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) menyambut baik keputusan kerajaan meletakkan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di bawah Kementerian Pengangkutan dan menyifatkan langkah itu sebagai tepat ke arah menjadikan sistem pengangkutan awam di negara ini lebih efisien.Presiden KPPJSM Hamzah Masri berkata langkah itu dijangka dapat menyelesaikan masalah membabitkan pengangkutan awam dengan segera dan berkesan menerusi penyaluran maklumat di bawah satu agensi atau kementerian."Perkara atau sebarang maklumat mengenai denda, aduan, lesen, permit, penguatkuasaan dan yang berkaitan dapat diselaraskan dan dikendalikan dengan rapi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.Sebelum ini LPKP diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi namun dalam barisan kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan Khamis lepas, kementerian itu dimansuhkan dan LPKP kini diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan.Hamzah berkata langkah itu akan memudahkan Jabatan Pengangkutan Jalan, LPKP dan orang ramai berganding bahu dalam memajukan sistem pengangkutan awam negara.-- BERNAMA
Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA. Disclaimer.Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels

No comments:

Post a Comment