Thursday, June 24, 2010
Pertemuan Dengan KPPA / JPA
Pada 24.06.2010 Kunjung Hormat Majlis Tertinggi Cuepacs dengan Tan Sri Ismail Adam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di JPA Putrajaya di adakan sebelum beliau tamat perkhidmatan sebagai KPPA pada hujung bulan Jun 2010. Sempena pertemuan tersebut pihak Cuepacs merakamkan ucapan tahniah sepanjang perkhidmatan beliau hubungan majikan pekerja terjalin dengan harmoni serta berharap penganti beliau dapat meneruskannya.
Wednesday, June 23, 2010
OPS PATUH
Fw: OPS PATUH
From: Dato' Zainol B OthmanAdd to Contacts
To: Datuk Othman Bin Haji Mahmood; hasnol@bph.gov.my; Halimah Binti Hashim
Cc: Tan Sri Mohd Sidek b. Hassan; Md Jaafar Mohd Adenan ; Ismawati Binti Mohd Shah ; Mohtar Bin Mohd Abd Rahman ; Mariam Kholidah Bt Zulkifli ; Rosmini Bt Ahmad ; Samsuni Bin Mohd Nor ; Norazura Bt Mohd Mokhtar ; Wan Hamidah bt. Wan Ibrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Y.Bhg Datuk, Tuan/Puan,
Sila lihat email En Hamzah Masri kepada Yang Berbahagia Tan Sri KSN. yang bertanda merah. Elak dari berlaku dikalangan kita dan mereka dibawah penyeliaan kita. Bukan sahaja dalam konteks penguatkuasan tetapi begitu juga lain-lain pelaksanaan perkhidmatan kita kepada pelanggan.
Terima kasih jua.
“Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"
“Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"
ZAINOL OTHMAN
Tarikh : 220610
( 03 – 8872 1800 / 1801 | 6 03 – 8888 3834 | * zainol@pajpm.gov.my
P Save a tree...please do not print this e-mail unless absolutely necessary
----- Forwarded by Dato' Zainol B Othman/TKSUK/BPK/JPM on 22/06/2010 07:13 AM -----
From: "Tan Sri Mohd Sidek b. Hassan"
To: Md Jaafar Mohd Adenan
Cc: "hamzah.masri@yahoo.com", "Dato' Abdul Jabar B. Che Nai" , Dato' Ahmad bin Kabit , Dato' Ahmad Phesal bin Talib , Dato' Ahmad Zamzamin bin Hashim , Dato' Dr Ali bin Hamsa , Dato' Dr Halim bin Man , Dato' Dr Ong Hong Peng , Dato' Long See Wool , Dato' Madinah binti Mohamad , Dato' Mohamad Zabidi bin Zainal , Dato' Mohd Mokhtar bin Ismail , Dato' Mohd Salleh Bin Mahmud , Dato' Mohd Yasin bin Mohd Salleh , Dato' Noriyah binti Ahmad , Dato' Prof Ir Dr Radin Umar bin Radin Sohadi , "Dato' R. Segarajah" , Dato' Sri Abu Bakar bin Abdullah , Dato' Sri Dr Mohd Nasir bin Mohd Ashraf , "Dato' Sri Mahmood bin Adam " , Dato' Sri Prof Ir Dr Judin Abdul Karim , Dato' Zainol bin Othman , Dato' Zoal Azha bin Yusof , "Datuk Dr Zulkefli bin A. Hassan" , Datuk Mohd Zain Mohd Dom , Datuk Norhayati binti Sulaiman , Datuk Shukry bin Mohd Salleh , Datuk Thomas George , "Datuk Wira Ismail Salleh " , Datuk Wira Kamaruddin Siaraf , Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin , "Tan Sri Abdul Gani Patail " , Tan Sri Abdul Rahman bin Mamat , Tan Sri Dato' Hj Alimuddin bin Hj Mohd Dom , Tan Sri Dato' Setia Hj Ambrin bin Buang , Tan Sri Datuk Dr Hj Mohd Ismail bin Merican , "Tan Sri Datuk Dr Zulkurnain bin Haji Awang " , Tan Sri Dr Wan Abd Aziz bin Wan Abdullah , Tan Sri Ismail bin Adam , Tan Sri Mazidah binti Abdul Majid , Tan Sri Musa bin Haji Hassan , Tan Sri Rastam bin Mohd Isa
Date: 22/06/2010 12:28 AM
Subject: RE: OPS PATUH
Wa’alaikummussalam. InsyaAllah.
(SIDEK HASSAN)
22 Jun 2010
From: Md Jaafar Mohd Adenan [mailto:sukppjsm@yahoo.com]
Sent: Monday, June 21, 2010 7:01 PM
To: Tan Sri Mohd Sidek b. Hassan
Cc: hamzah.masri@yahoo.com
Subject: OPS PATUH
Yang Berbahagia Tan Sri
Asalamualaikum Tan Sri,
Saya mendoakan Tan Sri sihat sejahtera, semoga dengan kesihatan yang sihat dapat meneruskan kepimpinan dalam perkhidmatan awam dengan cemerlang.
Tan Sri, saya di fahamkan baru-baru ini JPJ mengadakan Ops Patuh atas arahan Tan Sri KSN di Putrajaya ianya bertujuan supaya dapat mendidik kakitangan kerajaan berdisiplin di jalan raya dan sekali gus mematuhi undang-undang jalan raya. Bagi pihak Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan amat menyanjung tinggi arahan tersebut.Kesatuan berpendapat dengan arahan Ops Patuh ini dapat mendisiplinkan kakitangan kerajaan khasnya di Putrajaya. Namun demikian Kesatuan merasa kecewa dan sedih ada di kalangan kakitangan kerajaan yang berjawatan tinggi mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota JPJ yang menjalankan tugas, disamping itu ada juga perkataan berbentuk ugutan untuk menukarkan anggota yang menjalankan tugas ke tempat lain atau tugas penguatkuasan tidak akan di adakan di Putrajaya dengan menggunakan kuasa dan pengaruh mereka hanyalah bertujuan melepaskan rasa tidak puas hati mereka, inikah contoh-contoh yang patut di perlihatkan kepada rakyat? Kata-kata tersebut sedikit sebanyak memberikan kesan negatif dan melemahkan semangat anggota penguatkuasa untuk terus menjalankan tugas. Berkemungkinan akan ada pula surat layang dan tohmahan kepada anggota penguatkuasa yang menjalankan tugas dengan tujuan menghentikan Ops tersebut. Kesatuan berharap Tan Sri dapat mengambil perhatian dengan apa yang di luahkan oleh ahli-ahli Kesatuan demi menegakkan undang-undang sedia ada. Semoga mendapat maklum balas dari Yang Berbahagia Tan Sri.
Sekian, terim kasih.
Hamzah Masri
Presiden
Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan
Semenanjung Malaysia
Tel / Fax: 03-40237605 / H/P: 019-3536565
From: Dato' Zainol B Othman
To: Datuk Othman Bin Haji Mahmood
Cc: Tan Sri Mohd Sidek b. Hassan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Y.Bhg Datuk, Tuan/Puan,
Sila lihat email En Hamzah Masri kepada Yang Berbahagia Tan Sri KSN. yang bertanda merah. Elak dari berlaku dikalangan kita dan mereka dibawah penyeliaan kita. Bukan sahaja dalam konteks penguatkuasan tetapi begitu juga lain-lain pelaksanaan perkhidmatan kita kepada pelanggan.
Terima kasih jua.
“Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"
“Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"
ZAINOL OTHMAN
Tarikh : 220610
( 03 – 8872 1800 / 1801 | 6 03 – 8888 3834 | * zainol@pajpm.gov.my
P Save a tree...please do not print this e-mail unless absolutely necessary
----- Forwarded by Dato' Zainol B Othman/TKSUK/BPK/JPM on 22/06/2010 07:13 AM -----
From: "Tan Sri Mohd Sidek b. Hassan"
To: Md Jaafar Mohd Adenan
Cc: "hamzah.masri@yahoo.com"
Date: 22/06/2010 12:28 AM
Subject: RE: OPS PATUH
Wa’alaikummussalam. InsyaAllah.
(SIDEK HASSAN)
22 Jun 2010
From: Md Jaafar Mohd Adenan [mailto:sukppjsm@yahoo.com]
Sent: Monday, June 21, 2010 7:01 PM
To: Tan Sri Mohd Sidek b. Hassan
Cc: hamzah.masri@yahoo.com
Subject: OPS PATUH
Yang Berbahagia Tan Sri
Asalamualaikum Tan Sri,
Saya mendoakan Tan Sri sihat sejahtera, semoga dengan kesihatan yang sihat dapat meneruskan kepimpinan dalam perkhidmatan awam dengan cemerlang.
Tan Sri, saya di fahamkan baru-baru ini JPJ mengadakan Ops Patuh atas arahan Tan Sri KSN di Putrajaya ianya bertujuan supaya dapat mendidik kakitangan kerajaan berdisiplin di jalan raya dan sekali gus mematuhi undang-undang jalan raya. Bagi pihak Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan amat menyanjung tinggi arahan tersebut.Kesatuan berpendapat dengan arahan Ops Patuh ini dapat mendisiplinkan kakitangan kerajaan khasnya di Putrajaya. Namun demikian Kesatuan merasa kecewa dan sedih ada di kalangan kakitangan kerajaan yang berjawatan tinggi mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota JPJ yang menjalankan tugas, disamping itu ada juga perkataan berbentuk ugutan untuk menukarkan anggota yang menjalankan tugas ke tempat lain atau tugas penguatkuasan tidak akan di adakan di Putrajaya dengan menggunakan kuasa dan pengaruh mereka hanyalah bertujuan melepaskan rasa tidak puas hati mereka, inikah contoh-contoh yang patut di perlihatkan kepada rakyat? Kata-kata tersebut sedikit sebanyak memberikan kesan negatif dan melemahkan semangat anggota penguatkuasa untuk terus menjalankan tugas. Berkemungkinan akan ada pula surat layang dan tohmahan kepada anggota penguatkuasa yang menjalankan tugas dengan tujuan menghentikan Ops tersebut. Kesatuan berharap Tan Sri dapat mengambil perhatian dengan apa yang di luahkan oleh ahli-ahli Kesatuan demi menegakkan undang-undang sedia ada. Semoga mendapat maklum balas dari Yang Berbahagia Tan Sri.
Sekian, terim kasih.
Hamzah Masri
Presiden
Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan
Semenanjung Malaysia
Tel / Fax: 03-40237605 / H/P: 019-3536565
Saturday, June 19, 2010
OPS PATUH
Ulat tiket serang JPJ
Oleh Muhammad Apendy Issahak
2010/06/19 KUALA LUMPUR: Lima pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdepan detik mencemaskan hampir 10 minit apabila dikepung lebih 100 samseng ulat tiket sejurus penjawat awam terbabit menahan seorang lelaki kerana menjual tiket secara haram di Terminal Bas Sementara Bukit Jalil di sini, pagi semalam.
DISERANG...lima anggota JPJ terbabit menunjukkan laporan polis yang dibuat. sebelum - selepas
LEPAS...dengan bantuan rakannya (baju hitam) ulat tiket berjaya melarikan diri daripada ditahan.Kelima-lima pegawai terbabit turut diterajang dan dicekik selain dipaksa membebaskan lelaki yang ditahan itu jika tidak mahu dibelasah.
Sebelum itu, semua anggota penguat kuasa berkenaan menyamar penumpang bas ekspres bagi memerangkap ulat tiket yang dilaporkan berleluasa di terminal berkenaan.
Sebaik membeli tiket daripada seorang ulat, anggota terbabit terus menahan dan menggari lelaki terbabit yang juga warga Indonesia untuk siasatan lanjut.
Tindakan itu menyebabkan seorang lelaki dipercayai samseng ulat tiket muncul dan mengarahkan pegawai berkenaan membebaskan rakannya itu.
Menurut seorang daripada pegawai JPJ yang menjadi mangsa belasahan samseng terbabit, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika dia bersama empat rakan setugas menjalankan operasi penyamaran untuk menahan ulat tiket yang berleluasa di terminal berkenaan dan menahan seorang daripada mereka.
“Ketika proses menahan ulat tiket terbabit, dia cuba melarikan diri dan kami menahan serta menggarinya. Dia dibawa ke pondok JPJ yang terletak dalam kawasan terminal itu.
“Dalam perjalanan ke pondok itu, kami didatangi seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang terus mencekak kolar baju seorang anggota kami dan memaksa membebaskan ulat tiket yang ditahan itu,” katanya di sini, semalam.
Pegawai JPJ berkenaan menerangkan kepada lelaki terbabit suspek ditahan kerana menjual tiket bas ekspres secara haram, namun lelaki itu menyuruhnya membebaskan rakannya dan dia tidak peduli sama ada anggota terbabit anggota polis atau JPJ.
Katanya, lelaki terbabit turut berteriak dengan menyatakan pegawai berkenaan perlu melangkah mayatnya terlebih dulu sebelum menahan suspek.
“Kami berkeras tidak mahu membuka gari suspek sebelum dikerumuni lebih 100 ulat tiket dan dalam kekalutan itu, saya diterajang dari belakang.
“Kami semua ditolak dan dipukul dari belakang oleh kumpulan terbabit. Risaukan keselamatan diri dan pihak lain, kami terpaksa membuka gari suspek dan meminta suspek dan lelaki itu mengikut kami ke pondok JPJ.
“Di pondok JPJ, kumpulan ulat terbabit bertindak makin agresif dengan memaki hamun kami sambil menghentak meja serta menendang kerusi,” katanya.
Katanya, ulat tiket yang turut disertai beberapa pekerja kaunter tiket bas di situ menggugut akan mengadakan mogok jika JPJ menangkap ulat tiket di situ.
“Kami tak mampu lakukan apa-apa kerana mereka terlalu ramai dan terpaksa membebaskan ulat tiket yang ditahan itu,” katanya.
Kelima-lima anggota JPJ yang terbabit insiden berkenaan membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi di sini, pada kira-kira jam 2 petang.
Susulan laporan itu, polis menahan 10 lelaki dipercayai ulat tiket di terminal sementara itu pada petang sama.
Ketika proses merekodkan butiran mereka dilakukan, tiba-tiba datang seorang lelaki mengarahkan anggota polis terbabit melepaskan semua ulat yang ditahan, namun tindakan itu dipersoalkan anggota berkenaan.
Lelaki terbabit yang berang menolak anggota polis yang menyoalnya itu menyebabkan anggota terbabit cuba menahannya sehingga berlaku pergelutan.
Beberapa anggota polis lain membantu menangkap lelaki itu, namun dia mula bertindak lebih ganas dengan membuka baju dan mencabar untuk bertumbuk dengan anggota polis berkenaan.
Ketika lelaki terbabit cuba menumbuk seorang anggota polis, dia disembur dengan pemedih mata dan akibatnya, dia melarikan diri ke kawasan kaunter tiket yang dipenuhi orang ramai sebelum menghilangkan diri menyebabkan dia gagal diberkas.
Sambungan dari muka 8 Harian Metro
KUALA LUMPUR: “Kami tidak akan berkompromi dengan samseng ulat tiket ini,” tegas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Mohd Nadzri Osman ketika diminta mengulas mengenai kejadian lima anggotanya dipukul ulat tiket di Terminal Bas Sementara Bukit Jalil, pagi semalam.
Menurutnya, kumpulan ulat terbabit sudah melampau sehingga sanggup mencederakan anggota penguat kuasa yang menjalankan tugas.
Katanya, kejadian itu tidak boleh dibiarkan begitu saja dan satu langkah segera perlu diambil bagi membendung perkara seperti itu daripada terus berlaku.
“Sudah beberapa kejadian berlaku di mana anggota kami dicederakan oleh ulat tiket yang cuba ditahan dalam operasi membanteras ulat tiket.
“Kami tidak akan kompromi dengan mereka dan akan terus membanteras aktiviti terbabit dengan menggiatkan lagi operasi serta menambah lebih ramai anggota,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, pihak pengusaha bas dan pekerja kaunter tiket yang bersekongkol dengan ulat tiket juga akan dikenakan tindakan.
“Perkara ini perlu ditangani bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah terutamanya kepada rakyat yang menggunakan perkhidmatan bas,” katanya
Subscribe to:
Posts (Atom)