Friday, August 14, 2009

MESYUARAT AGUNG KPPJSM KE 6

PRESIDEN CUEPACS TUAN HAJI OMAR OSMAN MENERIMA CENDERAHATI DARIPADA KPPJSM YANG DISAMPAIKAN OLEH YANG BERBAHAGIA DATO HAJI ZAKARIA BAHARI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN SELEPAS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KPPJSM KALI KE 6

LAMPIRAN “A“
MAKLUMAN DARIPADA
HAMZAH MASRI
PRESIDEN KPPJSM
Isu-isu yang dibangkitkan oleh kesatuan KPPJSM semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-6 pada 08.08.2009 di HKLI:

1. Kesatuan memohon diadakan Majlis Penerangan kepada seluruh anggota penguatkuasa yang terdiri daripada semua ahli-ahli Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) termasuk Sabah dan Sarawak seperti saranan YAB. PM bagi meningkat integriti dan menyampaikan Wawasan Kerajaan kepada sektor awam.

2. Kesatuan mohon Jabatan tidak melaksanakan sistem mata demerit kerana sistem yang sedia ada sekarang sudah mencukupi dan menggunakan Perintah Am yang jelas untuk diguna pakai. Sistem ini akan membangkitkan tindakan yang tidak adil kepada anggota serta melemahkan semangat berkerja mereka .

3. Kesatuan memohon pembinaan kuaters kakitangan yang pernah diberi peruntukkan untuk dilaksanakan kerana kakitangan memerlukan rumah ekoran kadar bayaran bantuan sewa rumah [ ITP ] yang diberikan tidak mencukupi terutama di kawasan bandar besar.

4. Tuntutan Elaun Lebih Masa hendaklah dibayar kepada anggota yang telah menjalankan tugas lebih masa yang telah diarahkan kerana dengan bayaran tersebut anggota dapat meringankan beban sara hidup selaras dengan Perintah Am Bab B dan tidak digantikan dengan Cuti Gantian.

5. Kesatuan memohon agar aduan awam yang tidak berasas seperti surat layang tidak perlu dilayan kerana ianya akan melemahkan semangat anggota untuk bekerja. Anggota penguatkuasa menjalankan tugas penguatkuasan dan sering tidak disenangi oleh orang awam oleh itu tohmahan yang tidak berasas akan sering dilemparkan kepada anaggota melalui surat layang bagi memuaskan hati mereka yang tidak senang dengan tugas penguatkuasa yang tegas. Sebarang aduan dari orang awam perlu disiasat dengan teliti dan berasas serta mempunyai identiti pengadu.

6. Membantu dalam menyegerakan penubuhan Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Sarawak untuk memudahkan anggota menyalurkan aduan berkaitan kebajikan mereka dan kerjasama pihak pengurusan JPJ Sarawak bagi membantu proses penubuhan Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Sarawak dengan memberi kemudahan pelepasan dan tempat mesyuarat penubuhan dan seterusnya.

7. Kesatuan memohon Jabatan tidak melaksanakan cadangan gelaran jawatan bagi pegawai berpakaian seragam JPJ kerana ia akan melibatkan kehilangan hak keahlian anggota penguatkuasa dalam kesatuan seperti termaktub dalam perlembagaan KPPJSM yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja mengikut Akta Kesatuan Sekerja.


MAKLUM BALAS DATO’ KSU

Y.Bhg. KSU telah menyambut baik cadangan-cadangan yang telah dibangkitkan dalam ucapan saya dan berjanji akan mengkaji serta memberi pertimbangan sewajarnya

3 comments:

  1. kami KPPJS menyokong dan bersetuju dengan cadangan daripada KPPJSM dan kami akan sentiasa menyokong apa-apa yang terbaik untuk kebajikan anggota...

    daripada KPPJS

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...akhir kppj sarawak tertubuh jua....tahniah ......

    ReplyDelete
  3. saudara helmi dan ajk teruskan perjuangan anda....tahniah atas pelantikan sebagai president pertama kppj sarawak....saudara roswandi tahniah...kerja keras anda selama ini berbaloi...dan kepada semua yang terlibat tahniah...tahniah tahniah...

    drpd
    wnq8507

    ReplyDelete