Saturday, July 4, 2009

MESYUARAT AGONG KE 6

NOTIS UMUM

MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN KE ENAM 2009-2011
TARIKH : 8 & 9 OGOS 2009 (Sabtu dan Ahad)
TEMPAT: KUALA LUMPUR INTERNATIONAL HOTEL

Untuk makluman kepada semua ahli-ahli Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia Mesyuarat Agong Kesatuan (KPPJSM) akan diadakan pada tarikh 8 dan 9 Ogos 2009 (Sabtu & Ahad) bertempat di Kuala Lumpur International Hotel. Mesyuarat ini tertumpu kepada hal kebajikan ahli dan perkara perkara yang belum selesai dengan pihak Jabatan antaranya:

1. Kertas Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pemeriksa Kereta Motor

2. Tangga Gaji Pemeriksa Kereta Motor

3. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Penguatkuasa

Semua ahli digalakkan hadir pada mesyuarat tersebut, pandangan daripada ahli-ahli dapat membantu kesatuan menigkatkan lagi kebajikan ahli. Kehadiran ahli-ahli perlulah dimaklumkan kepada kesatuan melalui Fax 03-40237605 dengan menulis Nama,No Kad Pengenalan dan Alamat Pejabat sebelum atau pada 15 Julai 2009 jam 5.00 petang untuk tujuan penempahan tempat penginapan dan cuti tanpa rekod, kegagalan memaklumkan kahadiran akan mengakibatkan tiada tempat penginapan.Tarikh tutup borang pencalonan pada 18.07.2009 jam 5.00 petang,sebarang kesulitan sila hubungi kesatuan.Kesatuan tidak akan bertanggongjawab diatas sebarang kesulitan selepas tarikh tersebut. Pihak kesatuan hanya akan menanggong makan,minum dan penginapan sahaja semasa mesyuarat Agong.

Hamzah Masri
Presiden KPPJSM
0193536565

3 comments:

  1. kenapa tidak diedarkan kepada semua ahli kesatuan? jabatan/negeri hanya beri pada orang2 tertentu sahaja. ada ahli yang tidak tahu

    ReplyDelete
  2. telah di edarkan ke semua ahli. mmungkin ahli terlepas pandang.

    ReplyDelete
  3. mana ada di edarkan? tak ada langsung

    ReplyDelete