Sunday, June 28, 2009

MESYUARAT KONGRES CUEPACS



MESYUARAT KONGRES MEMBINCANGKAN BERBAGI ISU ANTARANYA PTK,COLA,CUTI BERSAlIN.KPPJSM MEMBANGKITKAN ISU ELAUN MEMANGKU YANG TELAH DIBAYAR TETAPI KAKITANGAN DIKEHENDAKI MEMBAYAR SEMULA,CUEPACS MEMINTA PIHAK KPPJSM MENULIS SURAT KEPADA CUEPACS UNTUK DI BAWA PERBINCANGAN DENGAN PIHAK JPA

JAMUAN MAKAN BERSAMA MENTERI BESAR PERAK





HAMZAH MASRI PRESIDEN KPPJSM SEDANG BERSALAMAN DENGAN Y.A.B.MENTERI BESAR PERAK
JAMUAN MAKAN MALAM CUEPACS BERSAMA Y.A.B. MENTERI BESAR PERAK TELAH DIADAKAN DI DEWAN UTAMA SUK PERAK.Y.A.B. MENTERI BESAR TELAH SUDI MENAJA JAMUAN PADA MALAM TERSEBUT. PIHAK KPPJSM INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA MENTERI BESAR DAN KERAJAAN NEGERI PERAK.DENGAN KEIKHLASAN YANG DITUNJUKAN OLEH KERAJAAN PERAK AKAN DAPAT MERAPATKAN HUBUNGAN ANTARA PIHAK PEKERJA DENGAN KERAJAAN KHASNYA KERAJAAN NEGERI PERAK

KUNJUNGAN PRESIDEN CUEPACS KE JPJ PERAK





SEMASA KUNJUNGAN PRESIDEN CUEPACS KE JPJ PERAK BELIAU TELAH SUDI MENYAMPAIKAN SUMBANGAN CEK KPPJSM KEPADA BALU AHLI,SUMBANGAN INI SEBAHAGIAN DARIPADA USAHA KPPJSM DALAM USAHA MENJAGA KEBAJIKAN AHLI DENGAN ADANYA SUMBANGAN INI DAPAT MERINGANKAN BEBAN MEREKA.KPPJSM SENTIASA MEMGAMBIL BERAT KEBAJIKAN AHLI-AHLI DAN KPPJSM AKAN MENERUSKAN USAHA SEPERTI INI.

WAWANCARA ISU PENGUNA




RANCANGAN ISU SEMASA RTM TELAH MENGUNDANG PRESIDEN KPPJSM HAMZAH MASRI DAN PENASIHAT FOMCA PROF DATUK HAMDAN ADNEN BAGI MEMBINCANGKAN MASALAH YANG DI HADAPI OLEH PENGUNA PENGANGKUTAN AWAM.PERKARA YANG DIBANGKITKAN PENGUNA, PERKHIDMATAN AWAM IALAH SIKAP PEMAMDU TIDAK MEMATUHI UNDANG-UNDANG DAN PENGANGKUTAN AWAM YANG KURANG BAIK,RUNGUTAN DARI PENGUNA BERKAITAN ADUAN YANG LAMBAT DIAMBIL TINDAKAN KADANG KALA TIADA TINDAKAN ATAU TINDAKAN TIDAK BERKESAN DARI PIHAK BERKUSA

Saturday, June 27, 2009

LAWATAN BIRO KEBAJIKAN




BIRO KEBAJIKAN KPPJSM SENTIASA MENGAMBIL MAKLUM MASALAH AHLI-AHLI DAN MENGAMBIL KESEMPATAN SINGAH UNTUK BERRJUMPA DENGAN AHLI.SEBARANG MASALAH BOLEH DI KEMUKAAN SECARA BERTULIS KE KPPJSM UNTUK TINDAKAN LANJUT

LAWATAN PRESIDEN CUEPACS JPJ KELANTAN






KPPJSM MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PENGARAH JPJ KELANTAN YANG TELAH SUDI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN CUEPACS,INI MERUPAKAN KALI PERTAMA LAWATAN PRESIDEN CUEPACS KE KPJ KELANTAN

Tuesday, June 23, 2009

LAWATAN PRESIDEN CUEPACS


Monday, June 22, 2009

SINGAH DI TAPAH




AJK BIRO KEBAJIKAN SEMPAT SINGAH BERTANYA KHABAR KEPADA AHLI SP TAPAH

Saturday, June 13, 2009

PATUHI UNDANG-UNDANG

Risiko mati katak
Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my

BERANINYA! Hanya itu yang mampu diluahkan tatkala melihat gelagat pelajar berkonvoi pulang dari sekolah dengan menunggang motosikal masing-masing.

Kelihatan dari jauh, masing-masing ingin menunjukkan kebolehan dan kemahiran mengendalikan motosikal dengan aksi berbahaya tanpa menggunakan topi keledar. Si pembonceng pula, sibuk bergurau dengan kawan berlainan motosikal tanpa memegang si penunggang untuk langkah keselamatanMelihat gelagat mereka, hati terdetik, sejauh mana ibu bapa mereka mengetahui apa yang sebenarnya dilakukan pelajar bermotosikal itu?

Jarak antara kawasan perumahan dengan sekolah yang sangat dekat mungkin menyebabkan ibu bapa berasa anak mereka dalam keadaan selamat walaupun menunggang motosikal tanpa menggunakan topi keledar dan tiada lesen.

Tetapi, mereka juga mungkin tidak sedar malang tidak berbau, apa juga boleh berlaku tanpa diduga.

Contohnya, kes kemalangan baru-baru ini membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun maut bersama anak saudaranya selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah lori.

Pada usia 14 tahun, dia sememangnya belum cukup umur untuk menunggang motosikal apatah lagi mempunyai lesen, tetapi sudah diberi kebenaran menghantar kakaknya ke pekan yang jaraknya tujuh kilometer dari rumah bersama anak saudaranya berusia dua tahun.

Persoalannya, wajarkah pelajar bawah umur diberi kebenaran menunggang motosikal? Ini kerana, syarat seseorang itu boleh menunggang motosikal serta mendapatkan lesen adalah pada usia 16 tahun dan ke atas.

Bagaimanapun, kini rata-rata pelajar yang masih di bawah umur sudah diberi kepercayaan dan kebenaran menunggang motosikal. Lebih mengejutkan, keberanian mereka menunjukkan aksi ganas seperti yang dilakukan Mat Rempit.

Siti Rahmah Jamaluddin, 45, berkata dia sememangnya tidak membenarkan anaknya menunggang motosikal tanpa lesen tetapi perkara itu tidak dapat dielakkan.

Ini kerana, menurutnya, walaupun tanpa kebenaran, anak-anak biasanya menunggang motosikal secara sembunyi tanpa ibu bapa sedari.

“Setiap anak punya kehendak serta mahu mencuba sesuatu yang baru dan biasanya, kegilaan mereka adalah menunggang motosikal.

“Apabila sudah minat, sekeras manapun kita larang, mereka tetap melakukannya tanpa kita sedari.

“Oleh itu, lebih baik kita merestui atau membenarkan mereka menunggang motosikal. Sekurang-kurangnya kita tahu apa mereka lakukan dan tahu keadaan motosikal ditunggangnya,” katanya.

Menurutnya, memberi kebenaran anak-anak menunggang motosikal dapat membantu dalam pelbagai hal di samping menyenangkan mereka ke sekolah.

“Jarak antara sekolah dan rumah bukanlah jauh, jadi dengan adanya motosikal, mereka senang untuk ke sekolah dan pulang awal ke rumah.

“Mereka juga boleh membantu dalam pelbagai hal jika boleh menunggang motosikal seperti membeli barangan dapur di kedai,” kata ibu empat anak lelaki itu.

Walaupun memberi kebenaran anaknya menunggang motosikal tanpa lesen, itu tidak bermakna Rahmah tidak menyayangi anaknya dan membiarkan mereka melanggar undang-undang jalan raya.

“Saya sedar, memberi kebenaran anak menunggang motosikal tanpa lesen adalah salah dan berbahaya.

“Oleh itu, saya sentiasa pastikan mereka menunggang motosikal dengan berhemah dan menggunakan topi keledar walaupun hanya ke kedai runcit yang hanya terletak 100 meter dari rumah.

“Selain itu, apabila genap saja usia anak 16 tahun, saya pastikan mereka mendapatkan lesen sekali gus sebagai hadiah hari jadi,” katanya.

Bagi bapa tiga anak, Mohd Zaidi Mohamed Alias, 50, dia sama sekali tidak membenarkan anaknya menunggang motosikal.

Menurutnya, pengalaman dialaminya 35 tahun lalu menjadi punca dia tidak membenarkan anaknya menunggang motosikal termasuk menjadi pembonceng.

“Walaupun motosikal adalah kenderaan yang cukup memberi kesenangan kepada pengguna untuk melakukan aktiviti harian, ia juga kenderaan yang sangat berbahaya.

“Cukuplah hanya saya yang merasa sakit dan sengsara serta terlantar di hospital kerana terbabit dalam kemalangan kerana menunggang motosikal, bukannya anak-anak,” katanya.

Zaidi tidak menafikan anak muda kini tetap akan menunggang motosikal walaupun dilarang keluarga seperti yang dilakukan anaknya.

“Sebagai ibu bapa, kita punya kuasa dan pengaruh terhadap anak. Walaupun mereka berkeras mahu menunggang motosikal, kita masih boleh berbincang dengan mereka dan menggantikan motosikal dengan pelbagai benda lain yang mereka inginkan.

“Kita juga perlu tegas dan tidak mengikut apa saja yang diinginkan kerana larangan itu untuk kebaikan mereka,” katanya.

Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia, Hamzah Masri, berkata membenarkan anak yang tidak punya lesen menunggang motosikal adalah satu kesalahan.

“Menjadi satu kesalahan seseorang itu membenarkan orang lain yang tidak punya lesen memandu kenderaan. Jika didapati bersalah, pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Oleh itu, kesatuan berharap pemilik kenderaan lebih berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya membenarkan kenderaannya dipandu orang lain,” katanya.

Dengan kesedaran dariada pemilik kenderaan, isu berkaitan permasalahan ini boleh dibanteras dan ia tidak akan memberikan masalah kepada pemilik kenderaan di belakang hari,” katanya.

Selain itu, menurutnya, kesatuan berharap ibu bapa lebih bertanggungjawab menangani masalah penggunaan motosikal.

“Membenarkan anak menunggang motosikal tanpa lesen bagi menyelesaikan sesuatu perkara bukan langkah terbaik kerana ia membabitkan undang-undang.

“Ia juga salah sama sekali. Jadi, pastikan anak mempunyai lesen memandu yang sah barulah benarkan menggunakan kenderaan.

“Tindakan itu boleh mengelakkan ibu bapa berdepan masalah di masa akan datang dan tidak menyusahkan anggota masyarakat lain terutama isu penggunaan motosikal di kalangan pelajar sekolah di bawah umur,” katanya.patuhi

Friday, June 12, 2009

SINGGAH SEBENTAR




12.06.200 AJK BIRO KEBAJIKAN J NAEM BERSAMA PRESIDEN KPPJSM HAMZAH MASRI SEMPAT SINGAH DI JPJ RAUB BETEMU DENGAN AHLI-AHLI DISANA BAGI BERTANYA KHABAR DAN JUGA BERBINCANG DENGAN AHLI BERHUBUNG KEBAJIKAN MEREKA.PERKARA YANG DIBANGKITKAN IALAH TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA,PAKAIAN SERAGAM,KAD KUASA SERTA KAD KUASA MEMBENARKAN MEMEREKSA KAD PENGENALAN YANG TELAH TAMAT TEMPOH.PIHAK KESATUAN AKAN MEMBAWA PERKARA KEDALAM MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN PERINGKAT PUSATA ATAU MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM.

Thursday, June 11, 2009

PERJUMPAAN BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI











11 Jun 2009 - Perjumpaan bersama Timbalan Perdana Menteri dengan NGO dari seluruh negara. Banyak cadangan telah diutarakan oleh pihak NGO terbabit.Dan Timbalan Perdana Menteri amat terbuka menerima cadangan dan pandangan dari NGO.Beliau mengharapkan supaya hubungan yang lebih rapat antara pihak NGO dan Kerajaan hendaklah diteruskan dan dipertingkatkan dengan lebih rapat lagi supaya masalah - masalah di peringkat akar umbi dapat diatasi.Dan beliau menyarankan supaya pertemuan dan perbincangan seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan.

Tuesday, June 9, 2009

BERTANYA KHABAR



AJK BIRO KEBAJIKAN SINGGAH SEBENTAR DI JPJ NEGERI SEMBILAN BERTANYA KHABAR KEPADA AHLI-AHLI BERKAITAN KEBAJIKAN MEREKA DAN MENDAPATKAN PANDANGAN SERTA CADANGAN BERKAITAN MASALAH KERJA UNTUK DIBINCANGKAN DALAM MBJ PUSAT DAN MBK

Friday, June 5, 2009

AHLI-AHLI JPJ SELANGOR


KEHADIRAN SEBAHAGIAN DARIPADA AHLI-AHLI KPPJSM JPJ NEGERI SELANGOR SEMASA MAJLIS DIALOG YANG DIHADIRI OLEH SETIAUSAHA AGONG CUEPACS, PRESIDEN KPPJSM DAN PEGAWAI TERTINGGI CUEPACS

DIALOG BERSAMA AHLI JPJ SELANGOR


DUDUK DARI KIRI SDR AHMAD SHAH SETIAUSAHA AGONG CUEPACS,SDR HAMZAH MASRI PRESIDEN KPPJSM,SDR MIZI DAN SDR RAZAK AHLI MAJLIS TERTINGGI CUEPACS

KPPJSM MENGADAKAN DIALOG BERSAMA AHLI AHLI JPJ SELANGOR BARU BARU INI ANTARA PERKARA YANG DIBANGKIT IALAH PENGESAHAN JAWATAN YANG MENGAMBIL MASA TERLALU LAMA SEHINGGA TIGA TAHUN,PERJAWATAN PEMERIKSA KERETA MOTOR,TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA.

Wednesday, June 3, 2009

BERSAMA AHLI


AJK BIRO KEBAJIKAN SEMPAT SINGGAH DI JPJ CAWANGAN TEMERLOH DAN BERJUMPA DENGAN AHLI-AHLI CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN MAKLUM BALAS BERHUBUNG KEBAJIKAN MEREKA. KESATUAN MENGALU-ALUKAN SEBARANG PANDANGAN DAN CADANGAN DARI AHLI.

Tuesday, June 2, 2009

PERJALANAN AJK BIRO KEBAJIKAN


PERJALANAN AJK BIRO KEBAJIKAN SEMPAT SINGGAH DI STESEN PENGUATKUASA SANGGANG DAN DALAM PERTEMUAN DENGAN MEREKA BEBERAPA PERKARA TELAH DI BANGKITKAN TERMASUK WAKTU BEKERJA DAN ELAUN LEBIH MASA YANG TIDAK DAPAT DI TUNTUT OLEH ANGGOTA DI SEBABKAN TIADA PERUNTUKAN. AHLI AHLI MEMINTA PIHAK KESATUAN MEMBANTU BAGI MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA.

Monday, June 1, 2009

MAJLIS PENERANGAN DI JPJ KELANTAN


PRESIDEN KPPJSM MENYAMPAIKAN PENERANGAN DAN AKTIVITI KESATUAN KEPADA AHLI-AHLI DI JPJ KELANTAN ANTARANYA BERKAITAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA,TUGAS SHIF.SERTA MESYUARAT AGONG KESATUAN YANG AKAN DI ADAKAN PADA AWAL OGOS 2009 DI KUALA LUMPUR