Friday, November 27, 2009
SEMINAR SPRM
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA CUEPACS NEGERI SEMBILAN TELAL MENGANJURKAN SEMINAR PEMANTAPAN DAN INTEGERITI.PESERTA TERDIRI DARIPADA AHLI-AHLI KESATUAN GABONGAN CUEPACS
Saturday, November 14, 2009
PERTEMUAN AHLI KONGRES CUEPACS BERSAMA P.M
Y.A.B PERDANA MENTERI SUDI BERTEMU DENGAN AHLI KONGRES CUEPACS DI PARLIMEN BARU-BARU INI.iSU YANG DI BINCANGKAN BERKAITAN PERMOHONAN DUA BULAN BONOS.PERDANA MENTERI MENJELASKAN DALAM KEADAAN SEKARANG SUKAR KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN BONUS DUA BULAN GAJI WALAUBAGIMANAPUN SEKIRANYA KEADAAN EKONOMI MENGIZINKAN BELIAU SEDIA MEMPERTIMBANGKAN. SELAIN ITU TAMBAHAN GERAN SATU JUTA KEPADA CUEPACS.PENYERAPAN KAKITANGAN KONTREK KEMAS. PERTEMUAN BERJALAN DALAM SUASANA HARMONI KPPJSM MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA Y.A.B. PERDANA MENTERI
Wednesday, November 11, 2009
LAWATAN KERJA PRESIDEN CUEPACS
Saturday, November 7, 2009
MESYUARAT KHAS KONGRES CUEPACS
MESYUARAT KHAS KONGRES PADA 07.11.2009 MEMUTUSKAN SATU PERTEMUAN DENGAN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI MALAYSIA..
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung kenyataannya mengenai permintaan bonus dan keadaan ekonomi negara.
Presiden Cuepacs Omar Osman berkata pertemuan itu perlu bagi membolehkan kongres itu menjelaskan perkara sebenar yang dimaksudkan Perdana Menteri kepada ahli-ahlinya.
"Kita mahu penjelasan lebih lanjut, supaya kita dapat jelaskan kepada ahli-ahli kita. Sekarang kira keliru tentang kenyataan beliau, ini termasuklah ahli kita," katanya lagi kepada pemberita selepas mesyuarat khas Cuepacs di sini pada Sabtu.
Najib pada awal minggu ini dilaporkan berkata adalah salah daripada segi moral bagi Cuepacs untuk meminta bonus kerana negara masih bergelut untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.
Omar berkata hasil mesyuarat khas hari ini, kesemua ahli majlis kongres yang hadir bersetuju untuk menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan dan ia akan dihantar Isnin ini.
Beliau berkata Cuepacs juga mahu mendapat penerangan mengenai keadaan ekonomi yang masih belum pulih seperti yang dikatakan Perdana Menteri dalam pertemuan itu.
"Majlis kongres (Cuepacs) belum pernah diberi taklimat terhadap keadaan ekonomi negara sebenarnya, jadi Kongres berpendapat keadaan ekonomi kita hari ini baik berdasarkan kerajaan memberi bantuan khas RM500 (kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan)," katanya.
Wednesday, November 4, 2009
PERBINCANGAN DENGAN AHLI LPKP
SESSI PERBINCANGAN BERSAMA AHLI-AHLI KPPJSM YANG BERTUGAS DI LPKP TELAH DIADAKAN. DALAM PERTEMUAN TERSEBUT BEBERAPA PERKARA BERKAITAN KEBAJIKAN TELAH DIBANGKITKAN ANTARANYA PAKAIAN SERAGAM,UPAH JAHIT,SELAIN ITU PELUANG KENAIKAN PANGKAT DAN PUTARAN PUSINGAN KERJA UNTUK MENIMBA PENGALAMAN. DI AKHIR PERTEMUAN MEREKA MENGHARAPKAN SATU PERTEMUAN DENGAN PRESIDEN CUPEACS DAPAT DIATURKAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)