Friday, August 14, 2009

PERJALANAN MBK/JPA DI TERENGGANU



Dalam perjalanan menghadiri Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan Jabatan Perkhidmatan Awam di Terengganu. Presiden KPPJSM Hamzah Masri bersama Biro Kebajikan Sempat singah dibeberapa JPJ Cawangan juga SP di Negeri Terengganu bagi mendengar masalah kebajikan mereka serta pandangan dan cadangan ahli.

MESYUARAT AGUNG KPPJSM KE 6

PRESIDEN CUEPACS TUAN HAJI OMAR OSMAN MENERIMA CENDERAHATI DARIPADA KPPJSM YANG DISAMPAIKAN OLEH YANG BERBAHAGIA DATO HAJI ZAKARIA BAHARI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN SELEPAS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KPPJSM KALI KE 6

LAMPIRAN “A“
MAKLUMAN DARIPADA
HAMZAH MASRI
PRESIDEN KPPJSM
Isu-isu yang dibangkitkan oleh kesatuan KPPJSM semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-6 pada 08.08.2009 di HKLI:

1. Kesatuan memohon diadakan Majlis Penerangan kepada seluruh anggota penguatkuasa yang terdiri daripada semua ahli-ahli Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) termasuk Sabah dan Sarawak seperti saranan YAB. PM bagi meningkat integriti dan menyampaikan Wawasan Kerajaan kepada sektor awam.

2. Kesatuan mohon Jabatan tidak melaksanakan sistem mata demerit kerana sistem yang sedia ada sekarang sudah mencukupi dan menggunakan Perintah Am yang jelas untuk diguna pakai. Sistem ini akan membangkitkan tindakan yang tidak adil kepada anggota serta melemahkan semangat berkerja mereka .

3. Kesatuan memohon pembinaan kuaters kakitangan yang pernah diberi peruntukkan untuk dilaksanakan kerana kakitangan memerlukan rumah ekoran kadar bayaran bantuan sewa rumah [ ITP ] yang diberikan tidak mencukupi terutama di kawasan bandar besar.

4. Tuntutan Elaun Lebih Masa hendaklah dibayar kepada anggota yang telah menjalankan tugas lebih masa yang telah diarahkan kerana dengan bayaran tersebut anggota dapat meringankan beban sara hidup selaras dengan Perintah Am Bab B dan tidak digantikan dengan Cuti Gantian.

5. Kesatuan memohon agar aduan awam yang tidak berasas seperti surat layang tidak perlu dilayan kerana ianya akan melemahkan semangat anggota untuk bekerja. Anggota penguatkuasa menjalankan tugas penguatkuasan dan sering tidak disenangi oleh orang awam oleh itu tohmahan yang tidak berasas akan sering dilemparkan kepada anaggota melalui surat layang bagi memuaskan hati mereka yang tidak senang dengan tugas penguatkuasa yang tegas. Sebarang aduan dari orang awam perlu disiasat dengan teliti dan berasas serta mempunyai identiti pengadu.

6. Membantu dalam menyegerakan penubuhan Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Sarawak untuk memudahkan anggota menyalurkan aduan berkaitan kebajikan mereka dan kerjasama pihak pengurusan JPJ Sarawak bagi membantu proses penubuhan Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Sarawak dengan memberi kemudahan pelepasan dan tempat mesyuarat penubuhan dan seterusnya.

7. Kesatuan memohon Jabatan tidak melaksanakan cadangan gelaran jawatan bagi pegawai berpakaian seragam JPJ kerana ia akan melibatkan kehilangan hak keahlian anggota penguatkuasa dalam kesatuan seperti termaktub dalam perlembagaan KPPJSM yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja mengikut Akta Kesatuan Sekerja.


MAKLUM BALAS DATO’ KSU

Y.Bhg. KSU telah menyambut baik cadangan-cadangan yang telah dibangkitkan dalam ucapan saya dan berjanji akan mengkaji serta memberi pertimbangan sewajarnya

Thursday, August 13, 2009

PERBINCANGAN MBJ PUSAT BERSAMA JPA



KESATUAN TELAH MENGHADIRI MESYUARAT PERBINCANGAN MBJ SECARA PENDIDIKAN DENGAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN. ANTARA PERKARA YANG DIBINCANGKAN IALAH ELAUN MEMANGKU, ELAUN LEBIH MASA, MBJ PUSAT JPJ, TURUT HADIR WAKIL MBK AM SOKONGAN,PUAN LOK DAN SDR MAZLAN.PIHAK JPA MEMINTA JABATAN DAN KEMENTERIAN MENYELESAIKAN PERKARA YANG DI BANGKITKAN OLEH KESATUAN DAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM AKAN MEMANTAUNYA.

Wednesday, August 12, 2009

PERSIDANGAN MESYUARAT AGUNG DWI KE 6




HAMZAH MASRI SEDANG MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT AGUNG KE 6. BANYAK ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN ANTARANAYA:- SISTEM MATA DIMERIT,ELAUN LEBIH MASA,ADUAN MELALUI SURAT LAYANG, KUATERS ANGGOTA, GELARAN JAWATAN PENGUATKUASA DAN PENUBUHAN KESATUAN JPJ SARAWAK .PIHAK KPPJSM AKAN MEMANJANGKAN PERKARA TERSEBUT KE PENGETAHUAN T.B MENTERI DAN KSU.

Tuesday, August 11, 2009

MESYUARAT AGONG KE 6


AHLI-AHLI KPPJSM SEDANG BERSALAMAN DENGAN DATO KSU DI PERASMIAN MESYUARAT AGONG KALI KE 6 PADA 8 OGOS 2009

YANG BERBAHAGIA DATO ZAKARIA BAHRI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA MEWAKALI Y.B. MENTERI PENGANGKUTAN MERASMIKAN MESYUARAT AGONG KALI KE 6 KPPJSM

TUAN HAJI OMAR OSMAN PRESIDEN CUEPACS SEDANG BERUCAP DI PERASMIAN MESYUARAT AGONG KPPJSM KALI KE 6

HAMZAH MASRI PRESIDEN KPPJSM BERUCAP SEBELUM PERASMIAN MESYUARAT AGONG KPPJSM KALI KE 6

HAMZAH MASRI PRESIDEN KPPJSM MENYAMBUT KETIBAN DATO' ZAKARIA BAHRI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA DI PERASMIAN MESYUARAT AGONG KPPJSM KALI KE 6 PADA 8 OGOS 2009 JAM 8.20 MALAM

Saturday, August 1, 2009

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM




KESATUAN PEGAWAI PENGANGKUTAN JALAN SEMENANJUNG MALAYSIA (KPPJSM)DIWAKILI PRESIDEN HAMZAH MASRI TELAH MENGHADIRI MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KEBANGSAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI PRIMULA BEACH RESORT KUALA TRENGGANU. MESYUARAT DI PENGERUSIKAN OLEH TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN)YANG BERBAHAGIA DATO KHALIL. DAlAM MESYUARAT TERSEBUT BEBERAPA PERKARA TELAH DIBINCANGKAN ANTARANYA IALAH ELAUN TUGAS MALAM, ELAUN LEBIH MASA, KADAR PINJAMAN PERUMAHAN.ANTARA JABATAN YANG MENJADI PERHATIAN MBK IALAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN, JABATAN KASTAM DAN JABATAN IMIGRESEN KERANA SERING MENDAPAT ADUAN BERKAITAN KEBAJIKAN MEREKA TIDAK DIBERI PERHATIAN.