Sunday, May 31, 2009

DIALOG BERSAMA AHLI KPPJSM


SEORANG AHLI KPPJSM MENGEMUKAKAN SOALAN SEMASA DIALOG BERSAMA PRESIDEN CUEPACS DI JABATAN PENGANGKUTAN JALAN KELANTAN.

EDARAN MAJALAH CUEPACS


PRESIDEN KPPJSM HAMZAH MASRI MEWAKILI PRESIDEN CUEPACS OMAR OSMAN MENGEDARKAN MAJALAH CUEPACS SEBAGAI MAKLUMAT TAMBAHAN KEPADA AHLI AHLI KESATUAN BAGI MENAMBAH PENGETAHUAN BERHUBUNG AKTIVITI CUEPACS. MAJALAH INI TELAH DILANCARKAN OLEH PRESIDEN CUEPACS DI TERENGGANU BARU BARU INI

Saturday, May 30, 2009

PERJALANAN AJK KEBAJIKAN




DALAM PERJALANAN KE KOTA BHARU KELANTAN AJK BIRO KEBAJIKAN SEMPAT SINGGAH DI BEBERAPA LOKASI TEMPAT BERTUGAS ANGGOTA PENGUATKUASA TERDIRI DARI AHLI KPPJSM DAN MENDAPATKAN MAKLUM BALAS BERHUBUNG KEBAJIKAN MEREKA SEMASA MENJALANKAN TUGAS OPERASI. RATA RATA MEREKA MEMBANGKITKAN JADUAL TUGAS YANG TIDAK TERATUR KERANA TERPAKSA BERTUGAS MELEBEHI MASA 41 JAM SEMINGGU DAN ELAUN LEBIH MASA YANG TIDAK DAPAT DITUNTUT.PERKARA INI AKAN DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN PERINGKAT PUSAT IBU PEJABAT.

MAJLIS DIALOG BERSAMA PRESIDEN CUEPACS


Majlis dailog bersama Presiden CUEPACS diJPJ Kota Bharu Kelantan antara isu-isu yang di bangkitkan ialah tuntutan elaun lebih masa,upah jahit pakaian seragam,bekalan pakaian seragam,disamping itu ahli-ahli juga meminta supaya dailog seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap supaya maklumat yang jelas dapat sampai kepada ahli.Presiden Cuepacs mencadangkan pakaian seragam dibekalkan kepada pihak pekerja sebanyak empat pasang dan meminta kakitangan sektor awam memberikan tumpuan kepada tugas yang telah diamanahkan kepada mereka

Friday, May 29, 2009

SIDANG AKHBAR PRESIDEN CUEPACS


Presiden Cuepacs sedang membuat persidangan akhbar semasa kunjungan hormat ke JPJ Kelantan menerangkan beberapa perkara yang telah dibincang dengan kerajaaan dan dalam pertimbangan turut hadir Presiden KPPJSM Hamzah Masri,Pengarah JPJ Kelantan Tn Hj Ghani Che Kasim,Sdr Adnan, Sdr Ku Azmi, Sdr Malik, Sdr Haris, Sdr Mizi,Sdr Samsudin yang mewakali pegawai Cuepacs.

KUNJUNGAN PRESIDEN KPPJSM KE NIOSH




Baru-baru ini Presiden KPPJSM Hamzah Masri telah berkunjung ke pejabat INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA BANGI SELANGOR dan bertemu dengan PENGERUSI TAN SRI DATO'LEE LAM THYE, dalam kunjungan tersebut beberapa perkara telah dibincangkan antaranya ialah Kursus Keselamatan semasa menjalankan tugas operasi, Akta Pengangkutan Jalan 1987, kuasa menangkap sek 112 dan tangapan orang ramai terhadap penguatkuasan. Beliau meminta pihak KPPJSM menganjurkan kursus keselamatan kepada ahli-ahli KPPJSM pihak NIOSH sedia membantu menjayakan kursus tersebut. Beliau meminta KPPJSM memberikan cadangan dan pandangan untuk penambahbaikan bagi tujuan menyampaikan maklumat tersebut kepada orang ramai selaras dengan slogan "Satu JPJ".

LAWATAN PRESIDEN KPPJSM



Presiden KPPJSM Hamzah Masri membuat lawatan ke rumah anggota Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil yang mengalami kemalangan semasa menjalankan tugas operasi. Dalam kejadian tersebut anggota telah dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu tanpa lesen. Kesatuan melahirkan rasa simpati kepada anggota tersebut dan keluarga beliau.

LAWATAN PRESIDEN CUEPACS





27/5/2009 - Presiden Cuepacs Tuan Haji Omar Osman diiringi Presiden KPPJSM Hamzah Masri mengadakan lawatan kerja ke Unit Kawalan Sempadan Jabatan Pengangkutan Jalan, dan lain-lain agensi di Pengkalan Kubor,Kota Bharu Kelantan. Dalam lawatan tersebut beliau telah diberi penerangan berhubung sistem pendaftaran kenderaan dari negara jiran memasuki Malaysia. Presiden Cuepacs telah membuat beberapa cadangan berkaitan kebajikan para pekerja antaranya sistem air cond, tidak berfungsi dengan baik, ruang pejabat yang sempit dan alat pelayan diletakkan di tempat yang tidak sesuai dan boleh mengakibatkan kesihatan pekerja terjejas.

Sunday, May 24, 2009

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN CUEAPCS

KESATUAN PEGAWAI PENGANGKUTAN JALAN AKAN MENGANJURKAN MAJLIS PENERANGAN DI JABATAN PENGANGKUTAN JALAN KOTA BHARU KELANTAN SEPERTI BERIKUT:-

TARIKH: 26.05.2009
MASA: 11.00 pagi
TEMPAT: DEWAN DATO EMRAN

PADA 27.05.2009 PRESIDEN CUEPACS AKAN MEMBUAT LAWATAN KERJA KE KAWALAN SEMPADAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN RANTAU PANJANG KELANTAN

KESATUAN BERHARAP DENGAN DUA LAWATAN KERJA PRESIDEN CUEPACS AKAN DAPAT MEMBERIKAN SEMANGAT DAN RANGSANGAN KERJA DIKALANGAN AHLI-AHLI KPPJSM SERTA WARGA JPJ.

AHLI-AHLI KESATUAN ADALAH DIGALAKKAN MEMBERIKAN PANDANGAN DAN CADANGAN YANG MEMBINA KEPADA PIHAK KESATUAN DAN CUEPACS UNTUK MENAMBAH BAIK DAN MENINGKATKAN LAGI PERKHIDMATAN DAN SISTEM PENYAMPAIAN KEPADA PELANGAN JPJ SEPERTI SARANAN DATO' KETUA PENGARAH "SATU JPJ"

HAMZAH MASRI
PRESIDEN
KESATUAN PEGAWAI PENGANGKUTAN JALAN
SEMENANJUNG MALAYSIA

Saturday, May 23, 2009

Dialog Bersama Ahli KPPJSM Selangor

Bertarikh pada 23 Mei 2009 bertempat di JPJ Negeri Selangor suatu majlis penerangan dan dialog antara ahli-ahli Kesatuan yang dihadiri Presiden KPPJSM Hamzah Masri dan Setiausaha Agong Cuepacs Sdr Ahmad Shah. Dalam majlis dialog tersebut ahli-ahli telah membangkitkan beberapa isu berkaitan kepentingan dan kebajikan mereka dalam perkhidmatan di JPJ. Antaranya :

1. Kenaikan Pangkat yang tidak adil kerana terdapat mereka-mereka yang telah berkhidmat lama tidak dipertimbangkan.

2. Pengesahan jawatan yang mengambil masa yang terlalu lama dan merugikan mereka kerana tidak dapat menduduki PTK bagi memberi peluang mereka untuk kenaikan pangkat yang lebih tinggi.

3. Iltizam Jabatan minta diubah dan diberi keutamaan secara langsung.

4. Aduan-aduan awam yang disiasat oleh Bahagian Inspektorat hendaklah jelas supaya moral mereka tidak jatuh.

Secara amnya dialog ini amat berkesan dalam menjaga kebajikan para anggota demi memastikan prestasi mereka berada di dalam tahap tertinggi demi berkhidmat untuk rakyat Malaysia selaras dengan slogan Ketua Pengarah " Satu JPJ "


Photobucket

Photobucket

Wednesday, May 20, 2009

LAPORAN BERNAMA

Hukuman Mandatori Samseng Jalanan Mampu Beri Kesan Drastik

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya kerajaan meminda segera Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan bagi membolehkan hukuman penjara mandatori dikenakan terhadap samseng jalanan mendapat sokongan pelbagai pihak.

Rata-rata mereka berpendapat hukuman yang lebih berat itu mampu memberi kesan drastik dalam membanteras kegiatan lumba haram yang kini semakin membimbangkan.

Ketika ini hukuman mengikut Seksyen itu memperuntukkan denda sekurang-kurangnya RM5,000 dan tidak melebihi RM10,000 atau penjara sekurang-kurangnya lima bulan, tidak mampu menginsafkan pesalah yang didapati terus mengulangi kesalahan sama.

Ketua Program Psikologi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Rozmi Ismail berkata cadangan meminda atau mewujudkan satu akta baru khas untuk menangani samseng jalanan sangat perlu, tetapi ia harus diperhalusi.

"Isu mat rempit atau samseng jalanan perlu dikaji dengan lebih mendalam bagi mengenalpasti golongan yang melakukan kesalahan itu. Kalau betul bersalah, hukuman mandatori ini perlu dilaksanakan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu.

Akhbar tempatan melaporkan kenyataan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof yang meminta kerajaan meminda segera Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ke atas mat rempit atau samseng jalanan dengan hukuman penjara mandatori.

Rozmi berkata definisi samseng jalanan itu sendiri perlu diperjelaskan agar tidak mengelirukan, manakala ibu bapa pula perlu melihat hukuman itu dari sudut positif dan tidak menganggap ia keterlaluan.

Penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim berkata cadangan hukuman mandatori patut disegerakan dan semua pihak perlu mengambil pendekatan menjadikan isu samseng jalanan sebagai hak milik bersama.

Beliau berkata bagi menangani masalah itu dengan lebih menyeluruh, Jabatan Pendidikan dan sekolah perlu memainkan peranan yang lebih drastik termasuk membuang pelajar yang didapati terlibat.

"Semua pihak perlu berminat dan ikhlas menyelesaikan isu ini. Jika sekolah mendapati pelajarnya terlibat, tindakan buang sekolah perlu dilakukan dan ibu bapa perlu menerima keputusan ini dengan hati terbuka sebab mereka juga harus bertanggungjawab," katanya.

Kamal berkata hukuman yang ingin dipinda itu juga perlu dikenakan terhadap pemilik kenderaan yang diguna samseng jalanan bagi memastikan hukuman yang dilaksanakan lebih berkesan.

Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia Hamzah Masri turut bersetuju dengan cadangan hukuman itu dan percaya ia mampu memberi kesedaran kepada mereka yang sering menggunakan jalan raya sebagai tempat menunjukkan belang samseng jalanan.

"Denda yang ringan tidak memberi kesan kepada samseng jalanan dan pihak kesatuan penyokong cadangan PDRM supaya pesalah jalan raya terutama di kalangan remaja dan di bawah umur dihukum dengan menghantar mereka ke sekolah juvana dan dikenakan hukuman rotan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama Rudy Yong pula berkata hukuman itu perlu dikaji dengan lebih mendalam sebelum dilaksana bagi memastikan ia hanya dikenakan kepada mereka yang benar-benar bersalah dan tidak disalahguna.

Beliau berkata perkara yang lebih penting bagi menangani isu itu ialah aspek pendidikan yang perlu lebih agresif, seperti Latihan Khidmat Negara yang dilihat sebagai landasan terbaik mendidik golongan muda menjauhi aktiviti yang tidak sihat itu.

"Selain kerajaan, pihak lain seperti ibu bapa dan sekolah juga harus memainkan peranan masing-masing bagi membantu kerajaan menyelesaikan isu samseng jalanan ini," katanya.

-- BERNAMA

Saturday, May 16, 2009

Operasi Cegah Mat Rempit

Berikutan kes ragut membabitkan Mat Rempit semakin berleluasa satu operasi cegah lumba haram telah dijalankan di sekitar Kuala Lumpur. Pelbagai agensi telah terlibat dalam menjayakan operasi itu seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Siasatan Jenayah serta Bahagian Narkotik Bukit Aman.

Photobucket

Presiden Cuepacs turut turun padang dalam operasi itu untuk memberi semangat kepada anggota perkhidmatan awam dalam operasi itu

Photobucket

Berdiri dari kiri ialah Sdr Pandi, Sdr Mizi dari Fama, Presiden KPPJSM Sdr Hamzah Masri Sdr Malik dari PKNS, Presiden Cuepacs Tuan Haji Omar Osman, dan salah seorang Pegawai Kanan polis yang pernah terbabit dalam kemalangan membabitkan pemandu mabuk. Beliau mengalami kecederaan yang serius dalam kemalangan tersebut

Di dalam operasi itu Presiden Cuepacs, Tuan Haji Omar Osman turut mengutarakan cadangan supaya kebajikan pekerja diutamakan dan seharusnya operasi besar-besaran seperti ini disediakan sedikit minuman ringan sebagai tanda keprihatinan majikan disampin itu insurans juga amat penting bagi mereka yang menjalankan tugas-tugas operasi berisiko tinggi seperti ini.

Mat Rempit

Mat Rempit menace: Pain and shame tactic from RTD
By : Fadhal A. Ghani and Minderjeet Kaur

The authorities are seeking more stringent punishment to tackle the Mat Rempit menace.

KUALA LUMPUR: The Road Transport Department wants the power to arrest Mat Rempit who have struck fear in the hearts of Malaysians with their recent involvement in snatch thefts.
It is also seeking to change the law to cane the illegal racers whose actions have also led to the eventual death of victims.

But such punishment is not all that the department, which has been dogged for years by Mat Rempit, wants. It is also proposing that vehicles belonging to Mat Rempit be seized and considered scrap.

The department and the police also agree that another effective way of fighting the speed demons is to shame them. The RTD is proposing that they be ordered to pick up dog poo and scrape chewing gum off public roads.

Also on the cards are proposals to make snatch thieves clear clogged drains, decorate community centres and look after the terminally ill.
Some police top brass want Mat Rempit involved in snatch thefts to wear T-shirts with the words: "I am a snatch thief."

Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat is expected to decide on the proposals on Friday.

Peninsular Road Transport Officers Union president Hamzah Masri said RTD enforcement officers needed the power to arrest Mat Rempit if efforts to eradicate the menace were to succeed.

"The government should give our enforcement officers the power to arrest Mat Rempit and owners of vehicles used in the illegal activity," he said. This may include parents who have been known to have allowed children to use their motorcycles in illegal races.

Hamzah said only the police had the power at the moment to arrest traffic offenders.

He said the RTD only had the power to issue summonses to vehicle owners who illegally modified vehicles.

"Having two agencies with similar powers in this regard is better than just being able to arrest Mat Rempit."

Hamzah suggested that Mat Rempit, including illegal car racers, be given heavier punishment including caning.

He said that while Mat Rempit were issued summonses and got off with a maximum fine of RM300, they would learn a lesson if they were jailed and if fines were increased.

He also added that if motorcycles were seized, Mat Rempit would not be able to race.

"Malaysians would also be rid of Mat Rempit who are mainly involved in snatch thefts these days."

Federal CID director Datuk Seri Mohd Bakri Zinin said shaming Mat Rempit may work wonders in bringing some sense to them.

"The existing law which provides for snatch thieves to be sent to jail for up to three years does not seem to have much effect on them. The only way is to shame them," he said.

He also wants them to wear T-shirts that read: "I am a snatch thief." He is also suggesting that snatch thieves perform community service in the area where the crime was committed.

"This will allow the affected community to see the person with the T-shirt doing community service."

The police also want snatch thieves to pick up the medical bill of victims.

"They should pay double the bill and compensation for losses."

Bakri said these measures would be a way of making Mat Rempit who were also snatch thieves "pay for their crimes".

At present, snatch thieves are not required to pay medical bills of victims or compensation for losses.

According to Federal Traffic Police director Datuk Abdul Aziz Yusof about 630 Mat Rempit were arrested two years ago with the number going up to to 1,156 last year. The majority of those caught were aged between 16 and 20 years.

Thursday, May 14, 2009

Sambutan Hari Pekerja

Photobucket

Presiden KPPJSM bersama dengan sebahagian daripada pembaca ikrar pada Sambutan Hari Pekerja pada 14 Mei 2009 di PICC Putrajaya

Saturday, May 9, 2009

Harian Metro 10.05/2009 - Susulan Kes Meningitis Di Akademi JPJ Melaka

Photobucket

Pengarah Penguatkuasa JPJ Tuan Salim Parlan bersama Presiden KPPJSM Hamzah Masri serta Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Dato' Solah Mat Hassan melawat mangsa jangkitan meningitis di Hospital Melaka




MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil keputusan menangguhkan kursus serta latihan membabitkan kakitangan dan pegawainya berikutan 14 pelatih Akademi JPJ Tiang Dua, dekat sini, dimasukkan ke Hospital Melaka (HM) kerana disyaki dijangkiti meningitis.

Pada masa ini tiga pelatih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sementara 10 ditempatkan di wad isolasi HM, manakala seorang lagi menerima rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB) Pulau Pinang kerana mengalami gejala berkenaan ketika bercuti di kampungnya di utara.

Sementara itu, 85 daripada 418 pelatih dan kakitangan lain yang diperiksa kini dikuarantin di sebuah bilik khas di akademi terbabit dengan pemantauan dari semasa ke semasa oleh pegawai perubatan.

Sebelum ini, 354 pelatih terbabit mengikuti latihan lapangan yang dipecahkan mengikut kumpulan di tiga lokasi iaitu Pedas, Negeri Sembilan; Muar, Johor dan Bukit Katil, dekat sini, bermula 27 hingga 29 April lalu.





Bagaimanapun, pelatih, Mohd Hafiz Zainudin, 24, dari Kampung Beris Jambu, Panji, Kota Bahru, Kelantan disahkan meninggal dunia akibat jangkitan virus meningitis ketika dalam perjalanan menerima rawatan di HM pada 4 Mei lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata pelatih terbabit yang mendaftar diri pada 8 Mac lalu mengikuti latihan lapangan bagi pembantu penguat kuasa selama tiga bulan yang dijangka berakhir pada 1 Jun depan.

Menurutnya, berikutan kejadian berkenaan, pihaknya membuat keputusan serta-merta menghentikan sementara latihan dan kursus untuk kakitangan dan pegawai JPJ atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM).

“Pada masa ini JPJ akan mengenal pasti sama ada kursus atau latihan berkenaan perlu dilaksanakan atau sebaliknya.

“Kita juga menangguhkan kursus membabitkan 215 Penolong Pegawai Penguat Kuasa dari seluruh negara yang dijangka berlangsung pada 18 Mei depan hingga ke satu tarikh baru yang akan diumumkan kelak.

“Keadaan itu perlu dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga dan ibu bapa mahupun keluarga dinasihatkan tidak mudah panik kerana keadaan kini sangat terkawal,” katanya pada sidang media di HM, di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah JKNM, Dr Ghazali Othman; Pengarah Penguat Kuasa JPJ Putrajaya, Salim Parlan dan Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri.

Solah berkata, JPJ juga mewujudkan bilik gerakan mini di akademi berkenaan dengan diselia Pegawai Perhubungan bagi memudahkan ibu bapa atau keluarga memperoleh status terkini mengenai pelatih.

Katanya, mereka boleh menghubungi 06-2692666 bagi mendapatkan maklumat lanjut dan pihaknya menghubungi keluarga semua pelatih terbabit bagi memaklumkan perkara itu.

“Ibu bapa mahupun keluarga dinasihatkan supaya tidak risau kerana situasi tidak membimbangkan, dan JPJ turut menyediakan sebuah tempat khas untuk keluarga terdekat bertemu dengan pelatih di luar akademi,” katanya.

Terdahulu, Dr Ghazali berkata, situasi terkawal berikutan tiga pelatih yang menerima rawatan di wad ICU kini dilaporkan dalam keadaan stabil kerana memberi tindak balas positif.

Katanya, pihaknya juga meminta bantuan Jabatan Kesihatan negeri berkaitan seperti Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang dan Johor untuk membuat pemeriksaan ke atas keluarga pelatih.

Menurutnya, sampel darah, air kencing dan calitan tekak juga dihantar ke makmal HM dan Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur untuk siasatan.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, kita mengesyaki ada kemungkinan virus (meningitis) ini datang dari akademi, namun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar bagi mengelak ia menular kepada orang awam.

“Pada masa ini kita tidak membenarkan pelatih pulang ke rumah mahupun pelatih luar dibawa masuk bagi mengelak perkara tidak diingini,” katanya.

Thursday, May 7, 2009

GEJALA MAT REMPIT

7 May 2009 - Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia ( KPPJSM ) memandang serius gejala Mat Rempit ekoran daripada kes-kes seperti ragut. Sehubungan dengan itu pihak Kesatuan ingin memberi cadangan berikut

1. Merampas kenderaan yang terbukti diubah-suai untuk tujuan di atas
2. Meminda Akta Pengangkutan Jalan sedia ada dengan memberi kuasa kepada Pegawai Pengangkutan Jalan dengan kuasa menangkap pesalah

3. Hukuman yang lebih berat seperti rotan berbanding denda dan penjara yang didapati kurang berkesan

Sekian, Terima Kasih

Hamzah Masri
Presiden KPPJSM

Tuesday, May 5, 2009