Thursday, April 23, 2009

Friday, April 17, 2009

Operasi Bersepadu

Kesatuan ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah berjaya sepenuhnya dalam operasi bersepadu bersama Jabatan dan Agensi lain Plaza Tol Jalan Duta,Semuga orang ramai akan dapat memahami dan mematahui undang-undang jalan raya dan tidak menyalahkan Jabatan Pengangkutan Jalan apabila berlaku kemalangan dan menuduh JPJ tidak menjalankan penguatkuasan

sekian terima kasih

Hamzah Masri
Presiden KPPJSM
019-3536565

Elaun Lebih Masa Jun -Dis 2008

Pihak Kesatuan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan CUEPACS yang telah menyelesaikan isu tuntutan lebih masa oleh KPPJSM yang tidak dibayar oleh Jabatan Pengangkutan Jalan atas alasan tiada peruntukan.Dengan bayaran ini dapat meringankan beban ahli-ahli KPPJSM.
Kepada ahli-ahli yang menghadapi masalah sila hubungi KPPJSM Tel/Fax 03-40237605 atau saya sendiri Presiden KPPJSM Hamzah Masri 019-3536565
Kesatuan berharap ahli-ahli akan terus berkhidmat dan meningkatkan integeriti

Sekian terima kasih

Hamzah Masri
Presiden KPPJSM

Tuesday, April 14, 2009

Harian Metro 14/04/2009

>Kesatuan sambut baik cadangan
KUALA LUMPUR: Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) menyambut baik cadangan meletakkan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di bawah Kementerian Pengangkutan dan menyifatkan langkah itu sebagai tepat ke arah menjadikan sistem pengangkutan awam di negara ini lebih efisien.Presiden KPPJSM, Hamzah Masri berkata langkah itu dijangka dapat menyelesaikan masalah membabitkan pengangkutan awam dengan segera dan berkesan menerusi penyaluran maklumat di bawah satu agensi atau kementerian.“Perkara atau sebarang maklumat mengenai denda, aduan, lesen, permit, penguatkuasaan dan yang berkaitan dapat diselaraskan dan dikendalikan dengan rapi,” katanya kepada Bernama.

Monday, April 13, 2009

Bernama.com

Bernama.com
Am
10 April, 2009 23:06 PM

Pelbagai Pihak Sambut Baik Barisan Kabinet Baru


KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Beberapa persatuan dan parti politik Jumaat menyambut baik pelantikan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pelajaran di samping barisan kabinet yang dianggap mantap serta mampu membawa pembaharuan dalam negara.Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Lok Yim Pheng berkata pihaknya yakin dengan pelantikan Muhyidin sebagai Menteri Pelajaran, sektor pendidikan akan terus maju serta berharap segala masalah yang dihadapi guru dapat diatasi segera."Pelantikan Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Pelajaran membuktikan kementerian ini merupakan kementerian penting dan menunjukkan betapa sektor pendidikan memerlukan perhatian khas," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.Presiden Persatuan Bekas Kastam Malaysia (Perbekas) Datuk Abd Rahman Manan pula melahirkan keyakinan terhadap barisan kabinet baru serta gandingan mantap Muhyidin bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak."Dengan pelantikan Muhyidin sebagai orang kedua negara serta menerajui kementerian pelajaran, diharap beliau mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat serta menangani kemelesetan ekonomi global," katanya.Beliau berkata Perbekas turut menyambut baik langkah Perdana Menteri untuk mewujudkan jawatan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) yang betaraf menteri bagi menangani krisis ekonomi global.Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas turut mengucapkan tahniah kepada Najib atas pembentukan "kabinet rakyat" yang mencerminkan kemajmukan masyarakat Malaysia.Beliau berkata rakyat perlu memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk merealisasikan tuntutan mereka terhadap pembaharuan dalam pentadbiran negara serta mencapai prestasi ekonomi yang mantap.Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) Hamzah Masri pula berkata pelantikan semula Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan membolehkan beliau meneruskan program yang telah diatur untuk memperkemas serta memantapkan agensi di bawah kementerian itu.Sementara itu presiden Transparency International Malaysia (TIM) Datuk Paul Low yang turut mengalu-alukan barisan kabinet itu, berkata pelantikan muka baru yang cekap dan bersih sebagai menteri adalah petanda baik untuk pentadbiran baru.Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata ini jelas menunjukkan telah sampai masanya untuk sebuah kerajaan berorientasikan rakyat dan tindakan, bermula dengan kabinet yang sensitif kepada keperluan rakyat dan negara terutama dalam menghadapi masa sukar ini.-- BERNAMA

Bernama.com

Bernama.com
Am
13 April, 2009 17:06 PM
Pegawai JPJ Sambut Baik LPKP Di Bawah Kementerian Pengangkutan
-->
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) menyambut baik keputusan kerajaan meletakkan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di bawah Kementerian Pengangkutan dan menyifatkan langkah itu sebagai tepat ke arah menjadikan sistem pengangkutan awam di negara ini lebih efisien.Presiden KPPJSM Hamzah Masri berkata langkah itu dijangka dapat menyelesaikan masalah membabitkan pengangkutan awam dengan segera dan berkesan menerusi penyaluran maklumat di bawah satu agensi atau kementerian."Perkara atau sebarang maklumat mengenai denda, aduan, lesen, permit, penguatkuasaan dan yang berkaitan dapat diselaraskan dan dikendalikan dengan rapi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.Sebelum ini LPKP diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi namun dalam barisan kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan Khamis lepas, kementerian itu dimansuhkan dan LPKP kini diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan.Hamzah berkata langkah itu akan memudahkan Jabatan Pengangkutan Jalan, LPKP dan orang ramai berganding bahu dalam memajukan sistem pengangkutan awam negara.-- BERNAMA
Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA. Disclaimer.Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels

Tuesday, April 7, 2009



















Monday, April 6, 2009



1. KUNJUNGAN HORMAT KESATUAN KE PEJABAT KETUA PENGARAH DAN MEMBINCANG ISU KEBAJIKAN AHLI KPPJSM




1. PRESIDEN KPPJSM MENYERAHKAN SURAT LANTIKAN PENIMBANG TARA KEPADA DATO' N SIVA (PESURUH JAYA SUHAKAM)
2. PRESIDEN KPPJSM MENYERAHKAN SURAT LANTIKAN PENIMBANG TARA KEPADA DATO' RAHMAN MANAN (SETIAUSAHA EKSEKUTIF CUEPACS)
3. MENGHADIRI MESYUARAT MAJLIS JAWATANKUASA TERTINGGI CUEPACS BERSAMA JPA

1. JPJ WILAYAH MENGADAKAN OPERASI MENYITA BAS YANG MELAKUKAN KESALAHAN TIDAK IKUT LALUAN
2. MENGHADIRI SESSI TEMUBUAL DI RADIO BERNAMA- ISU PENGUATKUASAAN LEMAH

Saturday, April 4, 2009

Elaun Lebih Masa Jun -Dis 2008

Kepada semua ahli kesatuan KPPJSM yang belum membuat tuntutan atau belum dapat tuntutan elaun lebih masa daripada Jun hingga Dis 2008 sila berbuat demikian pihak kewangan akan membuat bayaran tersebut dalam kadar segera

Hamzah Masri
Presiden
KPPJSM